Lama uols kan akak tak update blog. Konon akak nak story pasal jantan Indo bagai.. tapi nan hado! Alasan akak, akak still mencari bahan2 ilmiah untuk akak utarakan pada uols semua. Motif sangat kan… Akak still mencari k. Tunggu bila akak dah siap bahan2 dan kajian terperinci, baru akak akan story. Buat sementara waktu ni akak nak cerita pasal dua pementasan yang akak baru tengok.
Akak baru je tengok dua teater yang akak rasa ada hubungannyer dgn kaum2 kiter ni. Dua teater ni berkongsi dunia yang sama, tapi lain perisiannyer. Akak tengok AIRCON dan jugak PATUNG KERTAS. Sebelum tu biarlah akak bagitau yang akak ni bukan lah pengkritik yang sangat bertauliah. Akak memang mengagumi seni, dan akak mungkin memberi penilaian secara peribadi berdasarkan taste dan pendapat akak. Jadi maafkan akak jika uols semua ala2 sentap k.
AIRCON
Aircon adalah teater yang dipersembahkan oleh Instant Cafe Theatre, yang dilakonkan oleh Amerul Affendi, Dara Othman, Firdaus Che Yahaya, Hazarul Hasnain, Nick Davis, Ryan Lee Baskaran & Zahiril Adzim serta Nam Ron, Chew Kin Wah, & Na’a Murad. Diarahkan oleh Jo Kukathas & Zalfian Fuzi, skrip yang ditulis oleh mak hayam Shanon Shah ini dapat pencalonan di BOH Cameronian Awards ok… Ini adalah kali kedua dipentaskan dan akak dah dua kali menjengah pentas Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac), Sentul ni.
Ringkasnyer, cerita nye tentang Chep (Amerul) dan Burn (Zahiril) yang sekolah kat SM Sultan Ahmad Tajudiin Mukaram Shah, ala2 prefect lah.. Si Burn adalah kapten hoki dan ala2 dikagumi oleh hadek2 kat sekolah tu, iaitu William, Asif, Mona dan Mimi.. Satu kes kematian pondan (Dara) menggemparkan satu daerah sbb pondan yang mati ni kononnyer ramai lah budak2 sekolah yang mintak loi kan… So, ramailah yang kena siasat bagai. Termasuk Burn yang konon dah jatuh cinta dgn si pondan ni. Tup tup alkisah, si Chep ni jatuh cinta ngan si Burn.. katanyer! So sebab jeles, kena lah bunuh si pondan ni. Gitulah ringkasnyer.
Akak menonton Aircon dgn teman2 sekepala dan seofis akak. Yelah konon kami akan ada outing sebulan sekali gitu. Kali ni kami ke pentas KLPac. Sebagai orang biasa, yang dipentaskan kepada akak, bagi akak sangat menarik dan membuatkan kita ingin menonton dan terus nak tahu apa terjadi seterusnyer dari awal hingga akhir. Bukan cliche, dan ianya dipentaskan dengan gaya, dan sesuai dengan tempatnyer dipentaskan iaitu KLPac. Akak mungkin sudah biasa, jadi yang baru menonton kali pertama, juga yang pertama kali menjejak kaki di KLPac, macam kawan akak, Sherry, mungkin agak asing bila tgk adegan orang kena rogol / liwat kat atas pentas, juga bahasa2 kesat yang baginyer agak over. Itulah realm yang akak rasa kena pada tema pementasan ini.
Pentas yang diguna agak ringkas, tapi sudah cukup untuk membawa menonton merasa lokasi sebenar sesuatu babak. Lakonan semua pelakon akak rasa tip top, terutama watak 4 orang budak lembut yang bagaikan watak tersebut tercipta untuk mereka. Cahaya dan audio serta sound nyer tepat dan memang tidak ganjal.

PATUNG KERTAS
Patung Kertas kali ni sudah dua kali dipentaskan. Ini kali pertama akak menonton walaupun kawan akak berlakon dalam teater ni. Yang pertama akak tak sempat tengok. Yang ni sebab ada tiket free, akak pun menjengah ke MATIC, Jalan Ampang. Time kasih akak ucap pada kak Kylie k. Teater yang kononnyer muzikal ni didokong oleh Jalaludin Hassan, Ashraf Muslim, Radhi Khalid, Rosnan, Kelvin Lau dan ramai lagi pondan2 dan bapuk2 termasuk kak Vee idola ramai kaum2 gay seMalaysia. Teater arahan Lokman Ghani (jantan kot) dan jugak skrip A Wahid Nasir ni (tak sure lah bapuk atau jantan), menggunakan semua tenaga lelaki (lelaki ker??) kecuali sorang jer jantan perkasa, hmm tak tau nama!
Cerita memang stereotype, dan maafkan akak kalau akak skeptikal dgn pengajaran yang cuba dibawa. Memang agak biasa, ceriternye pasal si Adik Chu (Ashraf), budak lembut yang baru sampai kat KL. Konon si Abang Long (Jalaludin) akan mengajar selok belok KL. Banyak lah insiden yang kononnyer membuka mata Adik Chu. Abang Long tetiba terjumpa cinta lama dier (pompuan k), Suhana. Kononnyer cinta lama berputik kembali, Abang Long pun jatuh cinta semula dan menjadi normal (motif??). Suhana adalah janda dan ada anak yang mengidap sakit jantung. So Abang Long pun panggil kengkawan pondan dan bapuk seantero dunia, buat drag show bagai, ntuk kutip dana untuk pembedahan anak Suhana. Habislah pondan2 drag dan perform bagai. Last2 Abang Long pun kembali pada Suhana.
Lakonan nyer, hmmm not bad dan boleh diperbaiki. Ashraf tampak cantik sebagai pondan yer.. Yang memberi momentum kepada pementasan ni adalah watak Chu masa kecil (meletup k budak ni menari dangdut, sah sah bapuk dah besar esok ni), dan juga watak bekas penari MakYung yang dah giler dibawa oleh Rosnan Rahman (matilah puji kawan sendir). Cahaya akak rasa agak kureng menyerlah. Begitu juga dgn lagu2 yang kononnyer muzikal tapi maaf lah, ntah haper2. Lagu dier tak der feel, cacamarba. Yang akak puji adalah persembahan pondan2 termasuk Kak Vee yang as always, menceriakan. Tak ubah macam selalu kat LahaQueen kan… Pujian juga pada costume dan juga make up. Jangan lah panggil pondan kalau tetiba costume dan make up hancur kan. Taaapii, maaf kalau akak kata sedikit over. Diakui oleh kawan akak, Kak Kylie, contohnyer make mak hayam Haniff (wartawan Media Hiburan) agak menakutkan. Macam hantien uolsss..
kak Vee memperkenalkan barisan pelakon..
RUMUSAN
Akak tak mau nak membuat bandingan, sebab akak tau dua pentas ni, KLPac dan MATIC semestinyer berbeza. Tapi paling yang akak tak puas hati adalah jalan cerita dalam Patung Kertas. Macam tak logik kalau sorang bapuk yang dah drag bagai ni, rupanyer masih menyimpan rasa kat pompuan. Kalau ada cik pon macam tu, nak akak selami hati dier. Akak percaya, kalau ada pun yang macam tu, tak dernyer dier nak drag bagai ni. Mungkin penulis skrip ni berpandangan yang budak2 lembut (tak kisah banyak atau sedikit) akhirnyer akan menjadi bapuk atau pondan. Berpakaian wanita, berambut panjang dan sebagainyer. Hello bang, tu zaman 60an atau 70an yer… Sekarang ni, akak rasa orang lebih terbuka dan begitu juga evolusi pondan. Ramai yang cenderung menjadi gay sekarang ni. Dah tak der nyer nak drag atau pakai wig segala, pergi melacur kat tepi2 Chow Kit. Disini akak sedikit ragu. Juga masyarakat juga semakin terbuka kepada pondan2 segala. Ye lah kalau kat ofis akak makcik tukang sapu siap menjerit ‘ada aku kesah?’ dengan gaya macam mak hayam Azwana, sapa nak jawap? Memang kompleks sikit bab ni, bab bapuk tak bapuk, gay tak gay gituuu, mungkin topik lain akak kupas k.
Boleh kah bapuk kembali bercinta dgn wanita, memang akak tak nafikan, tapi itu sangat jarang sekali berlaku (matilah akak salah tatabahasa). Itu kalau nak ungkap dari segi realiti. Tapi kalau nak jadikan cerita, apa2 pun boleh. Akak tak percaya dgn menonton cerita Patung Kertas (PK) ni, pondan2 akan kembali ke pangkal jalan. Jadi normal dan kahwin ngan pompuan. 80% penonton adalah bapuk, gay, pondan dan sewaktu dengannyer. Pondan2 datang nak bagi sokongan kengkawan, disamping untuk menghiburkan diri. Kalau yang datang nak tengok dari segi seninyer juga yang akan timbul sedikit rasa untuk jadi normal, akak rasa sedikit ragu2..
Aircon bukan akak nak puji, tapi ceritanyer lebih logik, walaupun ending nyer sedikit kabur. Mungkin nak kiter pikir2 skit kot. Ceritanyer lebih real dan ada isi. Bukan akak kata PK tak der isi, tapi akak rasa macam over sangat, dile tgk drag show bagai.. Ianyer lebih kepada bak kata kak Vee, memberi ruang kepada pondan2 dan bapuk2 utk buat show.. Hello, jangan nak menyalak akak k. Akak pun mengaku yang akak suka jugak tgk pondan2 drag ni buat show tapi bukan di pentas seni macam ini. Nak tengok, pi LahaQueen atau pun BB lah..
MADAH ODAH : Akak ada impian nak buat skrip cerita gay n faundenss bagai tapi biasalah, alasan akak, masa tak derk… Huhu. Tunggu akak betul2 free dan belajar camna nak menulis skrip..
Recent Comments