Uols, tahun baru menjelma lagi kan.. Mahupun tahun Hijrah ataupun Masihi.. Semua nyer kiter akan sambut dengan satu azam. Azam semuga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnyer. Akak nak ucap Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun baru 2009..
Bagi akak, tahun 2008, tahun yang sangat berwarna warni. Ada warna ceria, warna duka, warna penyatuan, warna perpisahan, warna cinta, warna kebencian, warna kehidupan. Semua warna ni, apa pun jika disatukan dan dicampurkan akan menjadi satu warna je uols, iaitu putih. Putih adalah warna penyucian. Sesuci kain putih. Maknanyer walau apapun warna yang kiter lalui, kiter akan melalui nyer sebagai suatu fasa pembersih jiwa dan fasa untuk kiter belajar..
Semua yang berlaku pada akak tahun 2008 ni, akak ambil iktibar. Harapan akak, tahun depan akak lalui dengan penuh ceria.. Akan jadi lebih baik dari dari 2008. Akak tak boleh kata tak nak duka, tapi akak harap kalau duka yang melanda, akak akan lebih kuat.. Akan menjadikan akak lebih bersemangat menempuh hidup ni. Tu jer harapan akak. Sesuatu yang lebih menyeronokkan dan lebih baik harap akak menunggu di 2009.
MADAH ODAH : Sesungguhnyer akak amat berterimakasih kepada semua kengkawan akak yang sudi bersama akak kala suka dan suka. Tahun 2009 ni kiter akan lebih ceria yer.. Selamat semua!

semoga tahun baru, azam baru nah odah….im very glad that god made us friends….. u r such a nice person odah
wah gitu harlequin… tersentuh hati odah… odah pun suka sangat sama sama menggoda jantan dgn u… hahahha… u pun such a nice person gitu…