Archive for January, 2009

21
Jan
09

Lets party party… another holiday.. gong xi gong xi..

Akak memang teruja tau dengan semua yang berlaku di sekeliling akak… Seronok tgk kiter semua dah mula enjoy dgn kehidupan disekeliling kiter..  Akak cakap camtu sbb sekarang orang heboh cakap pasal Palestin, sedih sana sini, tapi kiter kat sini Alhamdulillah selamat.. Akak cuma kata kiter bernasib baik sedikit dari mereka.. Mereka kena lalui saat yang sangat getir seolah mati menunggu mereka.. Sapa yang tak mengalir air mata tgk anak kecil dan wanita bertarung dgn ajal dan kemdian menyerah diri pada si bangsat Yahudi tu.. Kadang2 terfikir akak kat mana letak perikemanusiaan sesama manusia. Apa yang akak mampu lakukan cuma doa yang akak mampu… Dan jika ada sedikit lebihan, akak ada juga menghulur gitew… Kalau akak penyanyi top sah sah akak dah buat concert for charity kan.. Apa kan daya akak cuma mampu menyanyi di karaoke jer… Buat charity ngan belanja uols karaoke utk Palestin?? Hado..

Wah minggu ni antara highlightnyer, akak juga menikmati aprisiasi seni di KLPac.. Akak ke sana atas jemputan kawan akak di gym, yang juga bertanding untuk KLPac Idol katanyer… So akak pun sajer lah ke sana bagi sokongan gitewww.. Tahniah akak ucapkan kat Datin Zoefie sbb rangkul tempat jugaklah… Tak sia2 bakat yang ada.. Katanyer nak beraksi nanti di pentas broadway giteww.. Tahniah akak ucapkan.. Juga di kesempatan ini akak suka nak mengajak semua untuk menghargai bakat dan seni yang bagus yer.. Walaupun akak bukan lah orang sastera dulu tapi akak suka dgn benda2 seni ni… Sesekali tgk teater, tarian dapat mencambahkan buah fikiran dan meluaskan pandangan giteww… Selain KLPac Idol, ada banyak aktiviti that day.. Akak seronok sangat join bbrp aktiviti macam Room of Secret dan juga Gendang.. Wah, release tension akak…

Akak juga seronok nak cuti Tahun Baru Cina ni.. Akak juga dapat jemputan dari kawan akak, Ms Barbara Solis yang menjemput akak ke splash party kat Ulu Yam gitew… Tapi akak dah kata awal yang akak tak dapat nak join.. Akak akan ke Kelantan sebab menghadiri wedding kawan akak jugak iaitu Hajah Rozie.. Flight akak hari Ahad uolsss.. Permintaan Ms Solis adalah agar akak dapat share dgn dier resepi mashed potato and gravy sekali yang katanyer akak cukup pakar.. Uols semua tau kan akak ni sah sah lah career woman kan.. Akak sesekali je ke dapur.. Tapi bila ke dapur akak pastikan kualiti terjaga.. Untuk party akak sebelum ni, akak dah persembahkan mashed potato akak ni kat semua.. Ramailah yang suka..

Katanyer splash party ni nak meraikan banyak event… Antaranya pemergian Puan Sri Zurin Zain ke kota Brisbane.. Oh Akak nak ucap kat Puan Sri Selamat Berangkat dan semuga mencapai impian uolss… Wah rindunyer nanti..Tunggu kehadiran akak ke sana k… Hehe.. Juga nak meraikan the new Mona.. pasal kak Mona ni akak sangat hargai apa yang Mona nak buat.. semestinyer the new Mona ni lebih baik dan lebih mulia dari Mona yang sebelum ini kan.. Syabas Mona dan semuga berbahagia dgn siapa saja gitew.. Juga tak lupa meraikan Hari Lahir Ms Solis yang ke- rahsia!.. Ms Solis tetap maintain almaklumlah model kerjaya tetap sampai ke tua katanyer… Semua panjang umur murah rezeki akak ucapkan.

Juga katanyer nak meraikan termeterainyer hubungan cinta Amber dan juga Rossa – aik kenapa dua2 pompuan…?? Lesbian kah??? Oppss… Larikkk.. Haha.. Yang penting hubungan cinta uols akak memang respect… Akak salute dengan ke’determine’an uols berdua.. Semuga tahun ni lebih ceria untuk uols berdua… Akak pun seronok tgk uols yang bagi akak sweet couple… Atas permintaan Ms Solis dan juga Amber, akak nak kongsi resepi yang uols nak.. Akak pun dapat resepi ni dari teman seumah akak dulu, Angie yang pernah belajar di Manchester. Kat sana nak survive harus belajar masak kan. Sempat jugak akak belajar bbrp resepi yang sedap2.. Nanti ada masa akak kongsi lagi k.

MASHED POTATO

Bahan2

Kentang – sekilo

Susu penuh cream – setengah cawan

Butter – 2 sudu besar

Stok ayam – cube yang dihancurkan dalam setengah cawan air

Oregano – secukupnyer

Cara Membuat

Mula2 potong kentang sebesar ibu jari dan rebus hingga empuk. Toskan air dan penyekkan sehingga sedikit hancur. Masukkan susu penuh krim dan butter perlahan2 sambil melenyek giteww. Masukkan stok ayam dan taburkan oregano.. Sedia untuk dimakan.

GRAVY

Bahan2

Bawang besar – dua labu

Saderi – dua batang besar

Mentega

Tepung gandum

Sos tiram

Serbuk lada hitam

Kicap

Cara membuatnye

Rebuskan dgn air – bawang, sader dan stok ayam tu selama 10 minit gitew. Kemudian tapis dan ambil air rebusan tadi. Dalam kuali, cairkan mentega, bila panas masukkan tepung gandum secara perlahan2… Kemudian masukkan air rebusan sedikit demi sedikit sambil kacau. Kemudian masukkan sos tiram, bbrp titik kicap dan serbuk lada hitam… Dah sedia!

TIPS – Kata Angie boleh masukkan sekali cauliflower (bunga kobis) yang direbus untuk hasilkan rasa manis kentang tu. Selain tu, boleh hidangkan mashed potato ni dgn sausage. Juga lobak, kacang, saderi juga capsicum yang direbus…

imag1847

Selamat mencuba akak ucapkan pada uols semua. Yang nak party tu selamat bergembira.. Ok

MADAH ODAH : Sejak jadi career woman dapur tu seolah cuma berasap bila datang seru je. Sesekali memasak untuk kengkawan ni seronok jugak uols.. Bak kata kawan akak dari Penang, Miss Jay, memasak satu terapi. So sesekali memasak memang hilang jugak tension….

11
Jan
09

kekang nafsu uolsssss

Akak nak pesan kat semua.. Jangan lah uols ke tempat2 PLU macam pusat urut, sauna dan semua tema2 PLU kat Malaysia ni sebab akak dengar kak pol kak pol kat Malaysia ni nak buat rush besar… So nasib lah kalau uols kena cekup ngan avang Polis…… Geram betul akak tau…

GGRRRRRRRRRRR

Madah Odah : So tak reti reti nak cikcur kat negara jiran.. Haha..

01
Jan
09

salam tahun baru

Uols, tahun baru menjelma lagi kan.. Mahupun tahun Hijrah ataupun Masihi.. Semua nyer kiter akan sambut dengan satu azam. Azam semuga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnyer. Akak nak ucap Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun baru 2009..

Bagi akak, tahun 2008, tahun yang sangat berwarna warni. Ada warna ceria, warna duka, warna penyatuan, warna perpisahan, warna cinta, warna kebencian, warna kehidupan. Semua warna ni, apa pun jika disatukan dan dicampurkan akan menjadi satu warna je uols, iaitu putih. Putih adalah warna penyucian. Sesuci kain putih. Maknanyer walau apapun warna yang kiter lalui, kiter akan melalui nyer sebagai suatu fasa pembersih jiwa dan fasa untuk kiter belajar..

masjid sultan, singapore

Semua yang berlaku pada akak tahun 2008 ni, akak ambil iktibar. Harapan akak, tahun depan akak lalui dengan penuh ceria.. Akan jadi lebih baik dari dari 2008. Akak tak boleh kata tak nak duka, tapi akak harap kalau duka yang melanda, akak akan lebih kuat.. Akan menjadikan akak lebih bersemangat menempuh hidup ni. Tu jer harapan akak. Sesuatu yang lebih menyeronokkan dan lebih baik harap akak menunggu di 2009.

MADAH ODAH : Sesungguhnyer akak amat berterimakasih kepada semua kengkawan akak yang sudi bersama akak kala suka dan suka. Tahun 2009 ni kiter akan lebih ceria yer.. Selamat semua!