04
Dec
08

NIKMATILAH KEHIDUPAN.. HAPPY WORLD AIDS DAY..

Akak terharu jugak dengan pandangan dan komen dari pengunjung blog akak ni pasal isu pengharaman yoga.. Ada yg seolah bersetuju dan ada juga yg macam akak… Anyway akak sangat2 tak kisah… Akak faham semua ada hak dan pandangan masing2 kan… So kalau nak hentam akak pun ok, asalkan secara berhemah k… Akak pun nak nasihatkan yg kiter sangat2 perlu respect dgn org lain.. Tak kisah lah org tu penjual arak ker, org buta ker, bilal masjid ker, atau pun pelacur… Akak tahu yg manusia ni semua ciptaan Maha Esa.. Fatwa pun dah keluar.. Tapi akak akan tetap beryoga untuk kesihatan gitu.. Boleh?

Akak jugak sangat2 terharu dgn dorongan serta perhatian kawan2 akak… Pejam celik akak dah tua dah.. Meraikan masjlis akak jadi lebih tua, akak ajak kawan2 ke rumah. Sementelah kawan akak dari Penang nak turun katanyer… So adalah majlis Come Dine with Odah gitewww.. Akak seronok sangat dengan uols semua… Ingatan dan sumbangan ikhlas dari semua sangat2 akak hargai… Semua lah, akak hargai sumbangan uols… Terutama Merah n Jay yg turun dr Penang.. Juga Raduna dan Nanu yg tak sempat join party akak sebab ada laki katanyer… Juga Misha, Emma dan Hajah Rozie.. Mona, Amber dan Sollis.. Hmm Kak Zu tak sempat datang tak per.. Lain kali join k.. serta jugak Maiza (yg menang karaoke @ Odah.. menang jantan sekor akak bagi), Ika, Muchriyana dan Amrizita… Serta jugak teman sepelacuran akak, Gegel dan jugak Faundah, Maujo, Famey, Bella, Rise serta Hadek2… Uols semua memang hebat! Yang tak sebut tu sorry yer.. Dan yang jemput last minute tu jangan terasa plak….

Cukup bab iteeww, kali ni akak nak cerita something serius skit k… Iaitu tentang sesuatu yg berkait dgn dunia gayah2 ni – HIV. Dgr jer mesti kiter dah takut kan… Yes memang kiter takut dan tak nak kena (positive).. Hmmm semua tahu kan yang kiter ni terdedah sangat pada HIV ni… Terutama yang selalu turun naik sauna macam akak ni… Walaupun akak bukan Miss Sauna, tapi akak tetap mengambil langkah yang berjaga serta berguna demi kesihatan akak… Yes, kesihatan kiter adalah segalanyer.. Sebelum akak cerita pasal apa langkah yang korang patut ambil, sementelah akak dok promote sauna satu dunia kat blog akak ni; (akak tak nak jadi mangsa sebab uols dapat jangkitan HIV ke, sifilis ker), akak nak cerita sesuatu dulu.

Akak nak cerita yang akak tahu yg kawan akak adalah seorang penghidap HIV positif. Biarlah akak bagi nick name kat dier sebagai Maya (bukan nama sebenar).. Hehe. Akak kenal Maya atas kawan jugak. Akak menjadi peminat setia blog Maya sebab dalam blog Maya mencurah segala2 nyer.. Memula akak dapat kepastian yg dier positif HIV, akak memang terpana. Terpana uols. Terasa macam ada parang menusuk dada akak. Dan sampai satu tahap akak macam kesian, tak bleh terima, takut dan jugak berfikir lantak lah… Akak baru perasan yang akak masih mengalami stigma terhadap mangsa HIV…

Setelah akak surf, surf dan surf maklumat akak rasa yang akak nak sangat minta maaf terhadap Maya sbb kurang berada di sisi beliau semasa beliau memerlukan sokongan. Tapi akak pasti dan yakin kawan2 Maya yang lain yang juga kawan akak akan sedia membantu dan memberi sokongan pada Maya. Maya seorang yang sangat2 tabah dan positif. Akak jugak sangat sedih kalau baca blog Maya yang akak rasa tempat Maya meluah rasa.

Apakah yang akak rasa setelah kawan akak sendiri ada HIV? Akak dah dua kali buat test HIV. Satu dua tahun lepas dan juga yang terbaru adalah dua minggu lepas. Dua ujian ini adalah berbeza. Yang memula tu akak buat sajer sajer, dan akak yakin yang akak adalah tak akan dapat HIV. Tapi dalam ujian yang kedua ini, perasaan akak sangat2 berbeza. Akak rasa sangat2 takut dan risau nak tahu apa keputusannyer.. Akak rasa sangat2 berbeza. Banyak sebab kenapa akak risau. Satu akak tak pasti apa yang akak lakukan jika akak HIV positif. Dengan siapa akak nak luah perasaan… Dan sebagainya…. Dua sebab ada akak takut kalau2 akak terkena sementelah akak mmg terdedah dgn HIV kan…

Adakah akak layan mereka yg HIV positif sama seperti sebelumnyer? Yes.. sebab akak tahu yang HIV adalah penyakit yang berjangkit melalui seks atau berkongsi jarum. Jadi tiada apa yang menakutkan akak. Tetapi kadang2 masih ada rasa risau dan bimbang. Tapi akak cuba buang jauh2 perasaan tu.

Adakah akak beri sokongan dan dorongan? Semestinyer uols. Mereka yang menghidap HIV positif bukannyer penghujung terhadap segala-galanyer… Mereka memerlukan sokongan. Macam Maya, akak akan sentiasa menyokong dan hormat pada Maya..

STIGMA, DISKRIMINASI DAN SIKAP TERHADAP PENGHIDAP HIV.

Kenapa ada stigma terhadap penghidap HIV? Kita memberi satu gambaran atau pendapat terhadap penyakit HIV sebab:

  • HIV penyakit membawa mati
  • HIV berkaitan dgn perilaku penghidap (samada gay, ketagihan dadah dsbgnyer)
  • Kebnyakan mereka berjangkit melalui seks. Sementelah seks adalah taboo dalam kalangan masyarakat
  • Banyak info tak betul tentang bagaimana HIV berjangkit
  • HIV selalunyer dikatakan padah terhadap kelakuan penghidap yang tak bertanggungjawab
  • Ramai beranggapan ini hukuman terhadap kesalahan / dosa mereka

Kesan-kesan stigma terhadap penghidap HIV:

  • Kehilangan pendapatan
  • Kehilangan rumahtangga
  • Kurang perhatian dari penjagaan kesihatan
  • Kurang perhatian di rumah
  • Hilang harapan
  • Hilang reputasi

Akak nak bagitau kat sini yang kiter kat Malaysia ni masih lagi mempunyai stigma atau pandangan negatif terhadap penghidap HIV. Namun ia masih berkurangan setelah terdapatnyer rawatan dan juga penjagaan penghidap HIV di hospital2 kerajaan. Sekarang ni uols penghidap HIV boleh dapat rawatan secara percuma di hospital kerajaan. jadi mereka ni masih mendapat tempat dalam masyarakat.

hiv

Jadi kesimpulannyer tak perlu takut terhadap penghidap HIV. Mereka memerlukan sokongan dari kiter, kawan2 dan masyarakat. Dengan ubat yang ada sekarang mereka mampu lagi bernafas untuk jangka masa yang lebih lama, ada yang sampai 10, 20, 30 tahun.. bergantung terhadap tahap antibodi dan juga aktiviti penghidap.

HIV DAN GAY.

Semua tahu yang sebagai gay, kiter melakukan hubungan seks secara anal. Buat seks melalui tempat tu secara logiknyer memanglah kotor. Tapi ia bukan sekadar anal seks sahaja. Kiter kena faham bagaimana HIV boleh berjangkit. Disini akak minta pandangan pakar spt doktor. Kalau salah tolong tunjukkan akak k.

HIV berjangkit melalui pertukaran darah ke darah. Ada 4 medium yg memungkinkan HIV berpindah : darah, air mani, air wanita mengandung dan susu ibu. Dalam dunia gay, katakan A dan B, jika A dijangkiti HIV, maka ia boleh memindahkannyer ke B melalui seks yang tak selamat. Apakah seks yang tak selamat? Tak pakai kondom? Kenapa kena kondom. Setakat loi (oral) dapat ka HIV? Fahami yang HIV berjangkit melalui pertukaran 4 medium tadi ke dalam badan.

Senang ker HIV ni berjangkit? Ketahuilah sebenarnyer HIV bukan senang nak berjangkit. Kiter sbg gayah, seks adalah medium atau cara utama untuk ia berjangkit. Bayangkan virus tersebut ada di setiap bendalir yg dikeluarkan pembawa HIV, termasuk tahi dan juga muntah. Tetapi kandungan virus itu sedikit dan juga akan mati setelah berada di luar badan pembawa HIV.

Jika fuck tanpa kondom, boleh berjangkit HIV? Boleh kalau ada luka semasa fuck. Disebabkan bahagian anal adalah lembut, jadi ia mudah luka berbanding zakar. Jadi, si bottom lebih berisiko. Namun abang top pun boleh dijangkiti jika zakar uols tu luka. Kondom bukan setakat menghalang air mani dari termasuk, tetapi juga menghalang luka atau pertukaran darah dari berlaku serta melancarkan hubungan seks uols.

Jika tertelan air mani, berjangkit ker? Sekali lagi, jika perut uols tak der luka, HIV tak berjangkit. Dan air mani yg ditelan tu diproses spt makanan biasa. Tapi jika mulut uols ada luka ataupun perut uols ada ulser, mungkin HIV akan berjangkit. Juga kalau uols pancut kat perut, tapi perut uols ada luka, peluang untuk dijangkiti sangat berisiko sbb air mani yg mengandungi virus tadi mungkin melalui luka tadi.

Tanggungjawab sebagai gay – apa?

Terdapat DUA tanggungjawab uols sebagai GAY. Punca utama pemindahan HIV adalah melalui seks tak selamat (bareback) di kalangan gay.  Jadi adalah sangat2 penting untuk kiter, iols dan uols melakukan SEKS YANG SELAMAT. Uols yang selalu ke sauna, massage dan sebagainyer TOLONGLAH ambil langkah penting bagi memastikan seks uols selamat. Tolong sediakan kondom yer.. Bukan setakat u melindungi diri uols sahaja, tapi juga hormat pada pasangan uols takut kalau2 tanpa diketahui uols ada HIV, memindahkan pada sidia.

hiv2

KEDUA adalah AMAT penting uols melakukan UJIAN HIV. Bab ni memang ramai yang rasa sangat takut, gementar, gabra dan tak tahu lagi… Akak nak bagitau, untuk mereka yang belum pernah lakukan HIV test, silalah berbuat demikian. OK, untuk mereka yg di Kuala Lumpur, PT Foundation mengadakan HIV test secara PERCUMA, setiap hari Selasa jam 7 ptg hingga 9 mlm dan Sabtu jam 3 ptg hingga 5 ptg. Jadi ambillah kesempatan ke sana. Kalau uols selalu ke Otot Otot hari Sabtu tu, pegi awal dan buat dulu ujian HIV sebelum ke OT2.. Ahaks. yang penting ujian HIV ini adalah UJIAN TANPA NAMA.

Disini akak nak cerita apa yang akak lalui semasa melakukan HIV test.

  1. Soalan Bertulis – uols akan diberi soalan bertulis tentang HIV. ini untuk tgk sejauh mana uols faham tentang HIV, adakah uols berisiko menghidap HIV dan sbgnyer.
  2. Pre-Counselling session – sebelum melakukan test HIV, uols akan diberi kaunseling atau pun sessi soal jawab. di sini kaunselor akan membincangkan tentang kehidupan seks uols… uols top ke bottom, bila kali terakhir buat seks dan semua tentang uols. yang penting kena jujurlah. juga uols akan ditanya jika HIV postif apakah uols bersedia.. dan jika HIV negatif apa kah uols punyer tindakan. sessi ini sangat penting bagi memastikan uols bersedia terhadap apa2 kemungkinan. sessi ini adalah one-to-one, jadi apa sahaja boleh dikongsi..
  3. Ujian HIV – anda akan dibawa ke bilik khas untuk diambil darah. alat khas akan diguna untuk menguji darah uols. dalam masa 15 minit keputusan akan diperoleh.
  4. Post-Counselling – counsellor yg sama dalam pre-counselling akan memberitahu keputusan samada uols positif atau negatif. Jika positif, uols akan diminta untuk melanjutkan Ujian Antibodi HIV di hospital kerajaan. dan akan diberi tindakan susulan, serta apa yg uols perlu lakukan untuk meneruskan kehidupan. jika negatif uols akan diminta untuk meneruskan kehidupan dgn selamat.

Jadi akak sekarang menyeru semua pembaca2 blog akak ni agar ambil langkah penting ini untuk memastikan kehidupan kiter selamat. Buat yang tak pernah buat test HIV, akak boleh tunjuk cara k. Kepada yg HIV positif macam kak Maya, akak harapkan agar uols tabah mengharungi kehidupan. Akak faham macamana perasaan uols k. Akak dapat bayangkan. Sudi sudikan lawat Maya ok. Akak tahu Maya mampu lakukan. Akak akan sentiasa bagi sokongan dari jauh. Uols semua harus lah berhati.. Jangan asyik ikut sedap jer nak buat seks…. Kepada yang dah buat testing, pastikan anda sentiasa buat test… Kepada yang tak buat apa tu, mungkin boleh join akak sesekali buat volunteer work kat PY Foundation k…

OK uols semua.. Selamat menunaikan kewajipan uols.. Akak baru balik dari suatu tempat yang agak asing untuk akak dan dunia gayah. Tapi hasilnyer unexpected! Nantikan perkembangan terbaru akak k..

MADAH ODAH : Akak suka dengan kehidupan yang bahagia tanpa ada apa2 masalah.. Boleh tak akak nak jadi wanita sosialitas… Bgn lambat, tengahari gi yoga, ptg skit amik anak dr sekolah, mlm ngangkang utk laki dan weekend gi luar negeri bercuti.. Ahaks


4 Responses to “NIKMATILAH KEHIDUPAN.. HAPPY WORLD AIDS DAY..”


  1. 1 kjingtimurlaut
    December 5, 2008 at 4:08 am

    wahhh, sangat berinformasi uols. nanti akak turung ke kl uols temankan akak buat test yer….aku takut g sore-sore ni

  2. December 5, 2008 at 8:44 am

    Lagi selamat adalah: Hindarkan diri kita dari segala maksiat dan perkara2 yang mendatangkan maksiat…
    semoga Allah melindungi kita dari bala penyakit.

    Amin

  3. 3 odesiodah
    December 6, 2008 at 2:29 am

    Terima kasih kjingtimurlaut… Ini yang akak nak dgr. Nanti akak temankan uols pefi buat test k…. Jangan takut…
    Ha, cakap cik kembang semestinyer betul… Akak nak kata camana yerk, macam akak, akak masih kawal diri akak agar tak buat maksiat.. Tapi terlajak jugak kadang2.. Dalam terlajak tu, akak pastikan yang akak buat secara selamat.
    Hmm akak pun nak tanya kat cik kembang… ‘niat tak menghalalkan cara kan..’ macam Robih Hood, mencuri utk bagi kat org miskin, kalau ikut falsafah ni, memnag salah lah. Tapi kalau benda jahat, cara baik camna yerk cik kembang.. Harap cik kembang bagi pendapat sbb akak dah confuse…

  4. December 16, 2008 at 9:42 am

    Betul… dalam kes nih yang salah tetap salah…


Leave a Reply