Kala akak menulis ni, akak baru balik dari kelas cabang yoga iaitu Power Vinyasa yang merupakan cabang yoga yang agak laju, dan lebih banyak membakar kalori (uols akan verpeluh havoc skal) berbanding dengan Hatha Yoga, di mana pergerakannyer lebih perlahan, ala pilates yang akak agak boring.. Akak terpanggil untuk menulis pasal isu pengharaman yoga ni bukan apa, sebab akak rasa tak der benda haram yang akak buat sepanjang setahun akak mengenali yoga….. Isu pengharaman ni timbul bila Prof Zakaria Tapa dok bising suruh umat Islam hentikan amalan yoga…
Pandangan ini pandangan akak berdasarakan pengalaman dan pengetahuan akak. Kalau silap, tolong tegur… Wallahu Alam.
Akak nak cerita sikit lah apa itu yoga… Ada banyak definisi kalau nak kupas habislah akak nanti.. Kalau ikut bhs Sanskrit, yoga adalah penyatuan.. Penyatuan minda, tubuh dan roh. Memang lah kalau dikaji sejarah yoga, adalah dari agama Hindu, di mana ada kitab2 spt Yoga Sutras of Patanjali.. Ok fine.. Salah satu perkara asas yoga pada masa sekarang (untuk mereka yang tak nak ambik kisah pasal yoga sebetulnyer) adalah asana. Asana adalah posture.. iaitu pergerakan tubuh. So bila sebut pasal yoga, orang akan ingat seseorang tengah dok tunggang terbalik buat posepose maut kepala ke bawah lah, pose ala segitiga lah… Yoga sebetulnyer ada 8 cabang iaitu Yama (moral terhadap persekitaran), Niyama (moral terhadap diri sendiri), Asana (posture), Pranayama (teknik pernafasan), Pratyahara (separa sedar), Dharana (konsentrasi), Dhyana (meditasi), Samadhi (lagi grand dari meditasi.. tatau apa)..
So, yang kelas2 yoga yang depa dok ada kat semua gym atau pusat yoga tu.. semua based on Asana.. iaitu posture..Sebelum akak cerita pasal asana2 ni.. Uols mesti nak tahu apa yang kiter buat kalau lah uols masuk kelas yoga 101.. First of all, kena kaki ayam.. Stokin pun jangan pakai dan jangan minum sepanjang kelas.. Itu pesanan Guru akak, tentang etika yoga.. First sekali, kita akan bermeditasi.. Dalam kedudukan half lotus, kiter akan diajar tentang pernafasan… Masa ni uols akan diarah untuk ‘memerhati’ udara yang uols sedut dari hidung sampailah ke peparu.. Then bila hembus keluar, uols disuruh untuk ‘merasa’ udara tu keluar.. Ada teknik tertentu terutama kena bernafas melalui perut.. Hehe. Kiter akan jadi lebih sedar dan jugak lebih bersyukur kepada Tuhan sebab diberi peluang untuk bernafas.. tak bernafas mati kan.. So bila uols concentrate buat ni, uols akan bermeditasi.. Akak sekarang dah rasa betapa tenangnya sebenarnya keadaan ni.. Uols kena cuba sendiri baru uols tahu…
Selepas meditasi, kita akan buat sedikit stretching ringan… Dan seterusnyer adalah Sun Salutation. Memanglah bila dengar bunyi macam Hindu skals.. Yes, idea nyer adalah memuja matahari.. Kalau yg betul2 diorang buat ni mengadap matahari.. Sun Salutation terdiri dari bbrp gerakan, sehingga ker Downward Facing Dog (Adho Mukha Svasana).. Selalunyer kiter akan buat 8 hingga 10 kali. Kalu uols baru, pergerakan adalah perlahan, tapi kalau dah expert skit macam akak, boleh lah lompat lompat.. Hehe. Dan seterusnyer diikuti dengan asana2 atau pose2 samada maut atu tidak… Bergantung pada Guru. Ada lebih 100 pose… Jadi pilih je lah. Antara dua asana yang sangat2 penting adalah Downward Facing Dog dan jugak Child Pose…
Akhir sekali, kiter akan disuruh baring – Corpse Pose. Selalunyer lampu akan ditutup dan kiter akan tutup mata. Selalunyer yang ni kiter akan tertidur. Dalam keadaan sedar, kiter akan disuruh untuk ‘merasa’ dan ‘menghayati’ setiap bahagian dalam tubuh. Bermula dari kepala… muka, lidah, biji mata, perut dan bontot, kaki dan semualah… And then kiter akan terus diakhiri dengan ucapan penutup iaitu (setelah diterjemah) – Semoga hidup kiter akan lebih aman, bahagia dan sempurna. Gitewwww..
YOGA ADALAH STRETCHING..
Uols semua tahu yang stretching sangat sangat penting sebelum dan selepas uols bersenam. Amboi kalau dulu uols tak join kelas PJ masa sekolah.. at least uols join jugak kan masa stretching sbb nak usha jantan… Kalau uols nak tahu hampir semua pergerakan yoga adalah stretching.. So dalam asana2 tu, semua adalah streching.. Contohnyer dalam Sun Salutation, kiter akan stretchkan bhgn belakang dulu.. Kemudian kaki, lengan dan setrusnyer sehingga ke seluruh badan. Malah, uols bukan sekadar buat stretching, uols jugak akan cuba menyeimbangi badan uols, dan mencuba pose sehingga uols punyer kekuatan dan kefleksiblean uols akan bertambah. Uols akan berpeluh havoc skal.. Percayalah sbb haba akan dijana oleh otot, apatah lagi kalau uols join Power Vinyasa.. Serta uols punyer alignment badan pun akan lebih stabil..
Ok, disebabkan uols punyer otot tu bergerak dipanjangkan (lenghten), maka otot uols pun akan lebih firm dan bertone. Berbanding weight training, otot uols akan dipendekkan. Ini kata Guru akak ttau.. Bila uols dah meningkat flexibility dan juga kuat, sakit otot uols dapat dikurangkan.. Sebabnyer ada unsur2 kerjasama antara otot2.. Hehe.. Nak tau tanya Guru akak k..
YOGA MENENANGKAN dan MENYEMBUHKAN
Yes, memang menenangkan terutama bila buat Pranayama. Uols mesti tak percaya kan, akak kadang2 rasa sangat bersyukur pada Allah sampai kadang2 hiba sebab akak dapat bernafas. Akak dapat rasa udara yang masuk tu.. Kiter akan lebih menghargai sesungguhnyer pemberian Allah ini. Ada bbrp teknik yg akan diajar oleh Guru, terutama dari segi sequence inhale exhale… Uols akan tenang, (kalau uols fokus lah)… That’s y diorang kata boleh kurangkan high blood pressure..
Ada jugak bbrp pose yang sangat2 baik untuk pernafasan (akak lupa nama, tapi nak tunjuk boleh), dan jugak boleh menyembuhkan bbrp penyakit. Ini memang diakui. Ada jugak yg dapat menguatkan hubungan seks! Harus belajar ngan akak..
SO APA ISU HARAMNYER?
MENTERA - Setahun akak kenal yoga, tak pernah akak baca apa2 mentera. Ingat akak nak buat ker kalau baca2 mentera. Akak takut k.. Serius, tak ada mentera langsung. Senang cerita sepatah ayat pun akak tak keluar k.. Paling tidak pun dengung masa nak exhale (OOOMMMMMMMMMMMMMMMM).. So kaedahnyer Guru mak kata bila exhale tu akan lebih banyak nafas kuar.. Tu jer.. yang mentera2 ni tu kat kuil uols…. Tak dernyer mentera.
YOGA SEKARANG MODEN – Akak rasa yoga sekarang adalah yang moden. Bukan yg dolu2.. Ada banyak yoga contoh macam HOT YOGA, BIKRAM YOGA.. yang mana uols akan seolah dipanggang dalam oven.. hehe. Yang ni kiter buat yoga dalam bilik panas. Berpeluh satu baldi tak hengat… Memang bagus untuk kuruskan badan. So kalau kata yoga ni jugak haram, hmmm tataulah.
MUZIK – Ada kata muzik yoga muzik kuil. Betul, ada sesetengah Guru memang pakai muzik Hindu.. Hello, akak pun ada 3 cd yoga yg akak pasang masa akak buat yoga kat rumah. Muzik sekadar sampingan jer. Ada Guru pakai muzik moden (petikan piano atau gitar) dan ada yg tak pakai muzik langsung. Tak der masalah ngan muzik ni… Kalau uols tgk Yoga For You kat Zee TV memanglah.. Sebab tu memang Hindu.
KELAS BODYBALANCE, HARAMLAH? – Kelas Bodybalance adalah kombinasi 3 iaitu yoga, pilates dan taichi. So haram jugak ker? Padahal kelas ni adalah untuk keseimbangan dan regangan badan…
BANYAK BUDAYA MELAYU BUDAYA HINDU.. TAK HARAM PLAK! - Barongan, kuda kepang semua tu yang dok menari bagai nak rak sampai cucuk badan, pijak kaca segala tak haram plak. Yang ni sah sah dari Hindu. Barongan yang akak tgk kat Bali tu ok skit dr yang kat Johor akak rasa, tak plak haram… hmmmmmm
TERPESONG AKIDAH – Selama akak join Yoga, tak plak akak rasa akak terpesong akidah. Mana bukti? Mana statistik yg kata ramai org terpesong akidah sbb join yoga.. Orang Islam sekarang dah sangat2 matang lah.. Dan zaman Milenium.. Takkan lah senang2 nak terpesong akidah kan…
LAGHA - Buang masa? Akak tak rasa buang masa. Banyak faedah akak dapat. Selain dapat tingkatkan mutu kesihatan akak, dapat gak akak kenal ramai orang.. Hehe. Ramai lah kat gym akak yg tegur akak bila buat yoga..
TAK DER KEJE LAH TU ORG GOMEN - Oppsss sorry org2 gomen… Banyak lagi fatwa yg korang boleh keluarkan… Hehe macam keganasan rumah tangga ker, rasuah ker, isu PEKIDA ker, umat Islam diharamkan kerja di bank convensional ker.. Opss .. sorry uols yg keje bank…
So, kesimpulannyer, kalau lah muncul fatwa kata Yoga haram Jumaat ni, akak rasa patut Pegawai JAKIM tu pegi masuk sendiri kelas Yoga, tengok dan rasa sendiri camana. Memang diorang ni berfikiran cetek kan.. Tu je lah akak nak cakap.. Akak selalu baca Yoga Instructor Diaries iaitu instructor Yoga Ninie Ahmad, yg sangat best.. Walaupun akak tak pernah join class dier tapi anak2 muridnyer ramai termasuk Dina Zaman, penulis I AM MUSLIM. Jugak Daily Muscle untuk info2 pasal fitness.. So fikir2 kanlah.. Akak buat yoga seminggu dua kali di gym dan sekali di rumah. Nak join datanglah..
MADAH ODAH : Teringat akak masuk kuil grand (akak lupa nama) masa akak kat India.. Tak faham akak camna diorang boleh tahan. Sangat2 panas uols lantai dier. Akak masuk tak sampai setengah jam dah nak melecur kaki akak…
Ustaz tuh bukan kata yoga tuh haram: dia cuma mengutarakan perasaan bimbang.. ditakuti bahawa amalan-amalan yoga itu boleh memesongkan akidah umat islam. Sebab tuh majlis fatwa berbincang pasal benda nih… dalam majlis fatwa, bukan hanya alim, ulama agama jer,.. dalam tuh tersenarai sekali pakar2/experts dalam bidang-bidang berkaitan dngan senaman n yoga segala…s
sekiranya didapati segala yang berkaitan dengan yoga, walaupun sikit, mempunyai unsur2 pemesongan akidah… maka.. akan keluarlah fatwa..
sekiranya tidak.. maka boleh lah diteruskan…
tapi kan… bg cik kembang lah kan… Islam is a way of life…
so.. Allah dah tunjuk / ajar segala amalan dalam ISlam yang wjib n sunat di buat.. dan semua kita akui bahawa segala arahan perintah Allah ada hikmah di sebaliknya… maka… kenapa kita tetap jugak memilih amalan2 yang sah2 kita tahu asal-usul sejarah amalan yoga…
….
kenapa kita terhegeh2 / lebih suka buat amalan yang lain2… tapi.. yang WAJIB kita tinggalkan? Adakah kita nak try katakan bahawa segala suruhan Allah ittew sekadar buang masa dan menyusahkan kita sebagai manusia (umat islam khususnya)?….
kenapa kita suka lihat benda bukan secara dasarnya? kenapa kita tetap nak buat sesuatu.. asalkan boleh ’suit’ dengan kehendak/ nafsu kita sebagai manusia?..
ingat!! : jauhi diri kamu dari maksiat dan perkara-perkara yang mendatangkan maksiat..
cuba baca balik surah al’asr..
ittew je…
cik kembang, thnx for your comment… akak sangat2 appreciate…
betul cik kembang… Islam is a way of life dan jugak zaman kiter berubah. Memang ia berlaku dan kiter tak boleh ubah perubahan zaman. Yoga adalah satu aktiviti yang kononnyer baru untuk dunia Islam. Selagi dier TIADA unsur2 yang terang2 haram, apa salahnyer kiter buat, kalau dier memberi manafaaat kepada umat Islam dan jugak kepada agama kiter… sama jugak macam dulu kecoh kata bersanding tu haram kan sbb ikut agama Hindu, tapi disebabkan tak der unsur2 haram, dier ok…
Uols, kalau nak ikutkan banyak budaya Melayu berasal dari budaya Hindu kan… Uols tahu kan.
Ok cik kembang kalau akak sembahyang lima waktu, then akak buat yoga tak salahkan…. Kadang2 benda yg kiter buat tu bukan nafsu uols…. Adalah tuntutan .. macam Yoga ni, ini adalah pilihan terbaik untuk kesihatan kiter.. Semacam bersenam jugakkan… Dalam Islam, disuruh kiter berenang, berkuda dan memanah. Tapi boleh ker semua kiter buat benda tu… Tak semua orang mampu kan… Segelintir je yang mampu… So kepada yang berkesempatan, baik lakukan benda yan berfaedah yg setaraf dgn berenang macam jogging gi gym, walaupun dier bukan suruhan… as simple as that.
Bagi akak jugak, Islam tu mudah uols… Nak sembahyang dimana2 pun boleh kan. Kiter yang buat dier jadi payah dan complicated. Kalau kiter tahu asas dan basic dalam Islam, campak kat bumi mana pun kiter akan hidup…Islam itu Indah…
Unsur2 maksiat walaupun wujud tapi masih terkawal… Hehe
p/s : Beramallah seperti kamu mati esok, dan kejarlah dunia seperti kamu hidup seribu tahun lagi….
GittewWW!! Cik Kembang respect dengan Cik Odah since u tak lupa untuk dulukan yang WAJIB di samping melakukan segala yang Essentials ittew!!! Itulah yang sepatutnya.
Berkenaan dengan budaya & adat, selagi ia tidak bertentangan dengan hukum tuhan (secara terang-terangan atau sekadar malap)adalah hukumnya HARUS dilakukan… kan.
Tapi kan, kalau cik Odah lihat sekeliling kita, bila ada jer isu/perkara yang melibatkan kepentingan Islam… ramai jer yang melenting segala.. tapi orang itew jugaklah yang tak mengamalkan suruhan Islam… tapi sibuk2 nak jadik jaguh segala… kan???
Dalam hal yoga dan segala macam… Cik Kembang pegang satu prinsip.. Cik Kembang hormati segala keputusan setiap orang (seboleh-bolehnya tak nak blame segala macam)… terpulang pada siri masing-masing.. Semua sekolah Tinggi!!! Tepuk dada tanya Iman & Akal…
Insya Allah… semoga Allah pelihara kita dari segala yang sesat dan menyesatkan…
Hi Kak Odah Paddle Foo
I rasa Majlis Fatwa silap dalam approach dorang megenai hal ini. I mean why go out and say were going to give out a fatwa on this matter but our point of view is that its wrong because it came from the Hindus. Its that stupid for people who call themselves “alim” ulama. Perhaps they should be pandai sikit in the future because whats happening is it looks like that they are giving out the rules for everything … Tuhan pun tak menghukum manusia the sencond they do something wrong tapi kita manusia pulak memperlakukan diri kita seperti kita nie suara Tuhan this is worse than what Catholic priests and Vatican is doing… are our ulamas similar to priests?
I understand that fatwas are important but fatwas reflect the point of view of the ummah (the people) and the scholars (ulama) as a whole – so perhaps again its in the majlis ulama is handled or managed. To me from what Prof Zakaria said is very very Malay centric and to me we must move away from this kind of view. Malays and Muslims must move forward to be people who are more inclusive daripada manusia yang menjauhi manusia lain … sampai bila kita nak berkembang kalau semua jenis ilmu pun ada unsur2 luar?
Update
Pengumuman fatwa yoga ditunda
KUALA LUMPUR: Pengumuman Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum berhubung senaman yoga yang sepatutnya dibuat hari ini ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata ini kerana Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Abdul Shukor Husin berada di luar negara kerana urusan kerja.
“Satu sidang media akan diadakan untuk mengumumkannya dan tarikhnya akan diumumkan kemudian,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Majlis itu dilaporkan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum senaman yoga pada hari ini.
Sebelum ini, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa berkata pergerakan senaman yoga adalah berdasarkan unsur-unsur agama Hindu yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah. – Bernama
Bukan Majlis Fatwa yang tetapkan hukum.. hukum tuh memang dah ada.. cumatak jelas.. so.. itulah gunanya majlis fatwa untuk jelaskan kekeliruan umat Islam..
Untuk selamatkan umat Islam dari terus SESAT…
nape shahesfan benci sangat dengan majlis fatwa… bukan nyer semua ahli majlis fatwa ittew orang alim ulama.. mesti ada pakar dlam bidang yoga ini yang jadi ahli.. so.. ape yang nak dihiraukan.. lagipun… sekiranya pengharaman ittew.. benar-benar belaku… ia adalah untuk umat Islam je… tiada kaitan dengan orang HIndu segala…
…
kalau dah tak nak amalkan cara hidup Islam.. apa guna jadi orang Islam…
….
…
…
maka, sia-sia lah Allah ciptakan alam dan peraturan… dan sia-sialah Allah utuskan nabi ke atas dunia ini.. maka sia-sialah juga hadis nabi: Ulama pewaris nabi…
sia-sia belaka…
uols semua,
akak sangat hormati pandangan uols semua.. pandangan uols semua adalah sangat sangat akak perlukan tau…
oh, sekarang ni ditunda ke satu tarikh yg akan diberitahu kemudian..
so akak still mengharapkan golongan cerdik pandai kiter yang ada di negara ini menggunakan akal fikiran mereka… betul, jangan gunakan nafsu dalam membuat keputusan… fikirkan buruk baik dan lihat secara menyeluruh yer… dan jangan pentingkan diri sendiri serta rasa diri masing2 lah yang paling bijak…
harap2 ada lah dalam kumpulan sang pembuat keputusan itu yg betul2 nampak kebaikan dan beauty of yoga.. same as beauty of Islam…
akak plak ilmu agama akak akui masih lagi kurang.. tapi at least akak masih sedar apa yg akak buat serta akak dapat bezakan apa yg baik dan apa yg buruk….
huhu
I am a muslim and nobody can take that away from me. I believe in One God and nobody can take that away from me. No man, no matter how big, no matter how pandai can take my faith away. Dorang boleh kata apa yang dorang nak kata I tak sembahyang, I tak puasa or I minum arak ke … I jahat ke … but Im still a Muslim. Who is that person to take my faith away? … my faith is with my God and only He can judge me. To me sebagai manusia lain you hanya boleh nilai kan terhadap budi yang I lakukan pada you – asal kan I tak buat jahat pada you then there is no other reason for anyone to tell me Im not a muslim. And dont you forget the moment you kata I bukan Islam bukan hukum tu jatuh kat you … I tak tahulah hukum pasal minta orang murtadkan, but Im not bothered thats between you and God.
I tengok bynk melayu mcm nie kita persoalkan sesuatu dia tanya akidah kita,dia tanya kita belajar apa, kalah malaikat…apa tak cukup I Muslim and mahukan jawapan?
As a muslim, I belong to the ummah, the people of the book and to the sunnah wal jamaah. If there is not hukum in the book or in the tradition of the prophet then there is no hukum… kalau you baca sejarah perkembangan Islam you akan baca berapa banyak hukum berubah. Syariah will change according to the Ummah – dulu orang pakai sugi sekarang orang pakai tooth brush dengan ubat gigi colgate sugi theres a difference – some people see that sugi is sunat other see keeping clean is sunat you ada akal you fikirlah sendirikan. Even the prophet s.a.w never forced his traditions on anyone. Okay sekarang I melalut but this is my view of syariah.
The Syariah in malaysia is not perfect, its just a shadow of what syariah really is for e.g. it does not cover janayat it mostly covers family law and little bit of banking laws. The implementation is suspicious so are the people who implement it – some muftis are pro gov and some has their own brains so nobody tells them what to so for e.g s.s Dr Asri of Perlis and s.s Hassan of Perak. These are respected ulamaks who says something dengan berfikir. I mean look at what happened the arwah mufti of Selangor yang haramkan smoking, terus kena tedang. X MB of Selangor si jawa murtad khir tu tutup surau takde orang cakap apa2pun kan nie pasal azan dia pulak bising. Politics aside – the ulamaks can be a respected part of the Malaysian Law or Administration as whole if they only work side by side with the ummah. If ustazs forever stay kat atas mimbar macam mana dia nak tahu pasal yoga kan – dia bole baca buku baca sejarah tapi pernahkah dia melihat realiti di sekeliling.
To one day I want to see the Majlis Fatwa an institution that is as good as the parliment where muslims and even non muslims can join together giving views and even writing books. A long time ago Muslims had so much knowledge because they allowed everyone to learn and even write books abt what they have learned. Tapi sekarang semua nak haram-haram-haram tapi I tengok akidah muslim tak lah jadi elok mana pun sekarang so they all salah kan akhir zaman – to me thats just stupid. Perhaps everyone should review the system and look back where we went wrong. I just want people to realize – yoga is a small issue but without realizing this issues relates to other issues. Unless we can see the big picture until then kita akan berjalan buta di dalam kegelapan mengikut suara dan petunjuk yang lagi menyesatkan…
for the 1st time, am agreeing with eghayana zulu mambata for yoga that we’r e learning now’s just a spark of the real yoga, and thanks odah for the brief holistic info on yoga itself. I’m not quite a yoga fan, but i did go to te class a few times and there were no elements that can be considered haram. kalu korang wat yoga pakai skimpy pants itu memanglah kan~tgh2 wat baby pose trus terjulur keluar konek! OPSSS