Kala akak menulis ni, akak baru balik dari kelas cabang yoga iaitu Power Vinyasa yang merupakan cabang yoga yang agak laju, dan lebih banyak membakar kalori (uols akan verpeluh havoc skal) berbanding dengan Hatha Yoga, di mana pergerakannyer lebih perlahan, ala pilates yang akak agak boring.. Akak terpanggil untuk menulis pasal isu pengharaman yoga ni bukan apa, sebab akak rasa tak der benda haram yang akak buat sepanjang setahun akak mengenali yoga….. Isu pengharaman ni timbul bila Prof Zakaria Tapa dok bising suruh umat Islam hentikan amalan yoga…
Pandangan ini pandangan akak berdasarakan pengalaman dan pengetahuan akak. Kalau silap, tolong tegur… Wallahu Alam.
Akak nak cerita sikit lah apa itu yoga… Ada banyak definisi kalau nak kupas habislah akak nanti.. Kalau ikut bhs Sanskrit, yoga adalah penyatuan.. Penyatuan minda, tubuh dan roh. Memang lah kalau dikaji sejarah yoga, adalah dari agama Hindu, di mana ada kitab2 spt Yoga Sutras of Patanjali.. Ok fine.. Salah satu perkara asas yoga pada masa sekarang (untuk mereka yang tak nak ambik kisah pasal yoga sebetulnyer) adalah asana. Asana adalah posture.. iaitu pergerakan tubuh. So bila sebut pasal yoga, orang akan ingat seseorang tengah dok tunggang terbalik buat posepose maut kepala ke bawah lah, pose ala segitiga lah… Yoga sebetulnyer ada 8 cabang iaitu Yama (moral terhadap persekitaran), Niyama (moral terhadap diri sendiri), Asana (posture), Pranayama (teknik pernafasan), Pratyahara (separa sedar), Dharana (konsentrasi), Dhyana (meditasi), Samadhi (lagi grand dari meditasi.. tatau apa)..
So, yang kelas2 yoga yang depa dok ada kat semua gym atau pusat yoga tu.. semua based on Asana.. iaitu posture..Sebelum akak cerita pasal asana2 ni.. Uols mesti nak tahu apa yang kiter buat kalau lah uols masuk kelas yoga 101.. First of all, kena kaki ayam.. Stokin pun jangan pakai dan jangan minum sepanjang kelas.. Itu pesanan Guru akak, tentang etika yoga.. First sekali, kita akan bermeditasi.. Dalam kedudukan half lotus, kiter akan diajar tentang pernafasan… Masa ni uols akan diarah untuk ‘memerhati’ udara yang uols sedut dari hidung sampailah ke peparu.. Then bila hembus keluar, uols disuruh untuk ‘merasa’ udara tu keluar.. Ada teknik tertentu terutama kena bernafas melalui perut.. Hehe. Kiter akan jadi lebih sedar dan jugak lebih bersyukur kepada Tuhan sebab diberi peluang untuk bernafas.. tak bernafas mati kan.. So bila uols concentrate buat ni, uols akan bermeditasi.. Akak sekarang dah rasa betapa tenangnya sebenarnya keadaan ni.. Uols kena cuba sendiri baru uols tahu…
Selepas meditasi, kita akan buat sedikit stretching ringan… Dan seterusnyer adalah Sun Salutation. Memanglah bila dengar bunyi macam Hindu skals.. Yes, idea nyer adalah memuja matahari.. Kalau yg betul2 diorang buat ni mengadap matahari.. Sun Salutation terdiri dari bbrp gerakan, sehingga ker Downward Facing Dog (Adho Mukha Svasana).. Selalunyer kiter akan buat 8 hingga 10 kali. Kalu uols baru, pergerakan adalah perlahan, tapi kalau dah expert skit macam akak, boleh lah lompat lompat.. Hehe. Dan seterusnyer diikuti dengan asana2 atau pose2 samada maut atu tidak… Bergantung pada Guru. Ada lebih 100 pose… Jadi pilih je lah. Antara dua asana yang sangat2 penting adalah Downward Facing Dog dan jugak Child Pose…
Akhir sekali, kiter akan disuruh baring – Corpse Pose. Selalunyer lampu akan ditutup dan kiter akan tutup mata. Selalunyer yang ni kiter akan tertidur. Dalam keadaan sedar, kiter akan disuruh untuk ‘merasa’ dan ‘menghayati’ setiap bahagian dalam tubuh. Bermula dari kepala… muka, lidah, biji mata, perut dan bontot, kaki dan semualah… And then kiter akan terus diakhiri dengan ucapan penutup iaitu (setelah diterjemah) – Semoga hidup kiter akan lebih aman, bahagia dan sempurna. Gitewwww..
YOGA ADALAH STRETCHING..
Uols semua tahu yang stretching sangat sangat penting sebelum dan selepas uols bersenam. Amboi kalau dulu uols tak join kelas PJ masa sekolah.. at least uols join jugak kan masa stretching sbb nak usha jantan… Kalau uols nak tahu hampir semua pergerakan yoga adalah stretching.. So dalam asana2 tu, semua adalah streching.. Contohnyer dalam Sun Salutation, kiter akan stretchkan bhgn belakang dulu.. Kemudian kaki, lengan dan setrusnyer sehingga ke seluruh badan. Malah, uols bukan sekadar buat stretching, uols jugak akan cuba menyeimbangi badan uols, dan mencuba pose sehingga uols punyer kekuatan dan kefleksiblean uols akan bertambah. Uols akan berpeluh havoc skal.. Percayalah sbb haba akan dijana oleh otot, apatah lagi kalau uols join Power Vinyasa.. Serta uols punyer alignment badan pun akan lebih stabil..
Ok, disebabkan uols punyer otot tu bergerak dipanjangkan (lenghten), maka otot uols pun akan lebih firm dan bertone. Berbanding weight training, otot uols akan dipendekkan. Ini kata Guru akak ttau.. Bila uols dah meningkat flexibility dan juga kuat, sakit otot uols dapat dikurangkan.. Sebabnyer ada unsur2 kerjasama antara otot2.. Hehe.. Nak tau tanya Guru akak k..
YOGA MENENANGKAN dan MENYEMBUHKAN
Yes, memang menenangkan terutama bila buat Pranayama. Uols mesti tak percaya kan, akak kadang2 rasa sangat bersyukur pada Allah sampai kadang2 hiba sebab akak dapat bernafas. Akak dapat rasa udara yang masuk tu.. Kiter akan lebih menghargai sesungguhnyer pemberian Allah ini. Ada bbrp teknik yg akan diajar oleh Guru, terutama dari segi sequence inhale exhale… Uols akan tenang, (kalau uols fokus lah)… That’s y diorang kata boleh kurangkan high blood pressure..
Ada jugak bbrp pose yang sangat2 baik untuk pernafasan (akak lupa nama, tapi nak tunjuk boleh), dan jugak boleh menyembuhkan bbrp penyakit. Ini memang diakui. Ada jugak yg dapat menguatkan hubungan seks! Harus belajar ngan akak..
SO APA ISU HARAMNYER?
MENTERA - Setahun akak kenal yoga, tak pernah akak baca apa2 mentera. Ingat akak nak buat ker kalau baca2 mentera. Akak takut k.. Serius, tak ada mentera langsung. Senang cerita sepatah ayat pun akak tak keluar k.. Paling tidak pun dengung masa nak exhale (OOOMMMMMMMMMMMMMMMM).. So kaedahnyer Guru mak kata bila exhale tu akan lebih banyak nafas kuar.. Tu jer.. yang mentera2 ni tu kat kuil uols…. Tak dernyer mentera.
YOGA SEKARANG MODEN – Akak rasa yoga sekarang adalah yang moden. Bukan yg dolu2.. Ada banyak yoga contoh macam HOT YOGA, BIKRAM YOGA.. yang mana uols akan seolah dipanggang dalam oven.. hehe. Yang ni kiter buat yoga dalam bilik panas. Berpeluh satu baldi tak hengat… Memang bagus untuk kuruskan badan. So kalau kata yoga ni jugak haram, hmmm tataulah.
MUZIK – Ada kata muzik yoga muzik kuil. Betul, ada sesetengah Guru memang pakai muzik Hindu.. Hello, akak pun ada 3 cd yoga yg akak pasang masa akak buat yoga kat rumah. Muzik sekadar sampingan jer. Ada Guru pakai muzik moden (petikan piano atau gitar) dan ada yg tak pakai muzik langsung. Tak der masalah ngan muzik ni… Kalau uols tgk Yoga For You kat Zee TV memanglah.. Sebab tu memang Hindu.
KELAS BODYBALANCE, HARAMLAH? – Kelas Bodybalance adalah kombinasi 3 iaitu yoga, pilates dan taichi. So haram jugak ker? Padahal kelas ni adalah untuk keseimbangan dan regangan badan…
BANYAK BUDAYA MELAYU BUDAYA HINDU.. TAK HARAM PLAK! - Barongan, kuda kepang semua tu yang dok menari bagai nak rak sampai cucuk badan, pijak kaca segala tak haram plak. Yang ni sah sah dari Hindu. Barongan yang akak tgk kat Bali tu ok skit dr yang kat Johor akak rasa, tak plak haram… hmmmmmm
TERPESONG AKIDAH – Selama akak join Yoga, tak plak akak rasa akak terpesong akidah. Mana bukti? Mana statistik yg kata ramai org terpesong akidah sbb join yoga.. Orang Islam sekarang dah sangat2 matang lah.. Dan zaman Milenium.. Takkan lah senang2 nak terpesong akidah kan…
LAGHA - Buang masa? Akak tak rasa buang masa. Banyak faedah akak dapat. Selain dapat tingkatkan mutu kesihatan akak, dapat gak akak kenal ramai orang.. Hehe. Ramai lah kat gym akak yg tegur akak bila buat yoga..
TAK DER KEJE LAH TU ORG GOMEN - Oppsss sorry org2 gomen… Banyak lagi fatwa yg korang boleh keluarkan… Hehe macam keganasan rumah tangga ker, rasuah ker, isu PEKIDA ker, umat Islam diharamkan kerja di bank convensional ker.. Opss .. sorry uols yg keje bank…
So, kesimpulannyer, kalau lah muncul fatwa kata Yoga haram Jumaat ni, akak rasa patut Pegawai JAKIM tu pegi masuk sendiri kelas Yoga, tengok dan rasa sendiri camana. Memang diorang ni berfikiran cetek kan.. Tu je lah akak nak cakap.. Akak selalu baca Yoga Instructor Diaries iaitu instructor Yoga Ninie Ahmad, yg sangat best.. Walaupun akak tak pernah join class dier tapi anak2 muridnyer ramai termasuk Dina Zaman, penulis I AM MUSLIM. Jugak Daily Muscle untuk info2 pasal fitness.. So fikir2 kanlah.. Akak buat yoga seminggu dua kali di gym dan sekali di rumah. Nak join datanglah..
MADAH ODAH : Teringat akak masuk kuil grand (akak lupa nama) masa akak kat India.. Tak faham akak camna diorang boleh tahan. Sangat2 panas uols lantai dier. Akak masuk tak sampai setengah jam dah nak melecur kaki akak…
Recent Comments