Gitew tajuk.. Kala akak menulis warkah ni akak baru jer jejak kaki dari Kota Singa, Singapura.. Kali ni akak tamau citer apa yg akak buat.. Tapi as general, mesti korang tertanya2 apa yg menyebabkan akak suka sangat pegi sana.. Ada beberapa sebab kenapa yang uols semua terutama yang duduk dekat JB harus malah kalau boleh nak kata WAJIB ke negara seberang tambak korang tu. Akak nak cakap benda2 yg akak rasa perlu cakap. Ini pandangan peribadi serta pemerhatian akak je tau. Jangan plak dok habaq kat polis ke apa. Kang kena tahan ISA plak akak. Thanks Kak Jing dari Pantai Timur sound akak yer…
Akak cuma compare dua negara yang asalnyer satu negara dulu. Betapa mereka jauh meninggalkan kiter. Mana yang baik tu kiter patut contohi.. Kunjungan akak kali ni atas jemputan kawan akak yang dah bergelar hajah iaitu Hajah Rozie. Kak Jah ada kursus pasal Maritime katanyer… Sementelah dah duk sana, Kak Jah pun mengajak akak temankan dier jalan-jalan. OK, satu yang uols kena tau, Kak Jah bergelar Hajah ok. Takkan akak nak bawak dier pegi cikcur macam yang akak selalu buat plak kan.. So akak sesuaikan plan akak dengan keadaan semasa. Akak tamau citer lah plan apa, cuma yang akak nak cerita kenapa Kak Jah pun seronok, walaupun dier tak cikcur…
Satu Kak Jah bagitau S’pore ni bersih.. Memang lah uols.. Memang bersih dan cantik serta segar jer.. Apatah lagi selepas hujan.. Kat Orchard Road tu still banyak lagi pokok2 yang besar serta menghijau.. So macam bandar dalam taman… Akak rasa udara kat sana lagi bersih dari KL.. Yelah… Ada tak yang berani nak berjalan dari Bukit Bintang ke Puduraya contohnyer.. Dengan udara tak bersih.. Ewww.. bagi RM100 pun tamau tapi kalau RM200 tu bleh lah… Kat S’pore bayangkan akak sampai sakit2 kaki berjalan dari Somerset tu sampai ke Tangling Road sebab tak panas sangat.. Kalau panas pun ada pokok2 yang melindungi… Hehe. Lagi satu bersih sbb diorang ni banyak yang TIDAK. Tak boleh kunyah chewing gum, tak leh nak sepah2 tisu.. In fact tisu mostly tak disediakan sbb nak jaga kebersihan..
Kak Jah suka sangat dengan sistem pengangkutan kat S’pore. Kalau kat Malaysia ni si PM kiter Pak Lah terhegeh-hegeh lah nak naik LRT ngan Komuter bagai.. Pastu duk bising kat Pembentangan Budget.. Akak rasa orang S’pore dah boleh bangga ngan transportation diorang… Sistem MRT sangat efisien dan canggih. Stesennyer sangat meluas. Pendek kata mana2 ko nak pegi adalah MRT terdekat. And then kalau nak buat pertukaran senang.. Tak payah ko nak berlari-lari macam yang akak selalu buat kalau kat stesen pertukaran LRT macam Bandaraya – Bank Negara, Masjid Jamek atau pun Dang Wangi – Bukit Nenas. Lahanat kan. Kalau hujan tak payah cakap. Akak pernah kuyup just sbb akak nak pegi Monorail Bukit Nenas dari Dang Wangi Putra. Kat sana siap ada shopping mall lagi kat bawah2 tanah tu.. Kan best.. And then senang lagi sebab ada banyak exit.. So tak payah nak seberang jalan kat atas jalan. Sbb ada banyak exit dari satu2 stesen tu. Kalau bas kat KL ni macam sial, akak suka naik bas kat S’pore sbb sangat efisien dan sistematik. Ko tak payah nak tanya2 orang nak naik bas nombor baper… Just tgk kat chart yg tertampal tu, then terus naik. Some more macam2 roper macam2 jenis. Ada double decker, ada yang panjang macam ulat… So variety. Diorang ada sistem EZY Link macam Touch n Go kat M’sia ni. Tapi diorang lagi efisyen. Sangat senang dan jugak dapat diskaun lagi….
Kak Jah suka sebab ada banyak shopping mall. Akak pun bawak mana yang akak mampu bawak walaupun semua hampir sama. Macam Takashimaya, Mustafa, Vivo City, Bugis Junction, Suntec City, Harbourfront City dan macam2 lagi.. Yang pelik kata Kak Jah semua ramai orang… Agaknyer memang orang S’pore ni kaya kot. Asyik shopping jer… Ada sale kat Tangs, Bugis.. So akak pun grab bbrp barang yang akak teringin nak beli. Hehe. Adalah sikit.. akak beli coklat, malt drink Arab ni (bukan arak tau), dan pisang sira.

Lagi satu akak nak tambah apa yang Kak Jah bagitau, yang orang2 S’pore ni semakin mengancam akak tengok. Baik Cina, India, Melayu, akak tengok diorang semakin hensem.. Hehe and then badan plak makin cantik. Pendek kata lelaki S’pore semakin pandai menjaga kecantikan diri diorang. Geram akak tengok tau. Hehe. Kalau masuk kat gym tu hampir 80% dah ada shape.. Mana akak tak cair.. Eee macamana lah diorang buat.. Akak harap semua tu semulajadi.. Tak makan steroid.. Hehe
Tu je lah yang akak nak citer pasal Singapore. Akak just nak share jer cerita akak ni. Akak bukan nak kata Malaysia ni buruk tapi kalau boleh akak nak kiter ni setanding dgn diorang. Akak tak mau lah salahkan sesapa kan. Kang masuk bab politik, mati akak kang. Tapi apa pun akak tetap suka duduk kat Malaysia.
Akak nak ucap terima kasih kat pakcik2 dan avang2 Kastam kat Changi Airport sebab akak dok beli 2 botol malt drink dari Arab yang mirip botol arak iaitu Holsten yang akak tempek gambar kat atas ni. Akak sebenarnya nak check in bag tapi akak malas sbb lambat nak amik luggage nanti kan… So akak gamble jer… Nasib baik avang Kastam tu baik.. Dier lepaskan akak sebab akak orang Negeri katanyer.. Hehe. Pandai tak akak merayu… Nasib avang Kastam tu tak lah hensem sangat.. Kalau tak habis.. Hehe.
MADAH ODAH : Akak nak cerita, akak sempat jugak pegi gym kat Orchard tu. Harus lah kan! Teka sapa akak jumpa. Tak sangka plak akak jumpa sorang celebrity radio yang ‘panas’ jugak lah. Dier ni dah ramai orang kata dier ni gayah. Siap tersebar email kalau tak silap akak. Tak tahu plak akak dier ni member California Ftns. Hebat skal dier ni cikcur! Almaklumlah katanyer muka cute badan plak sedap. Yang akak tak tahan dier ni cikcur mengalahkan akak. Bayangkan dalam steam bath tu, dier main tegur jer kan.. Hai hai bye bye… Verani betul tau. Paling grand dier bilang kat sorang mamat Cina ni (ya ampun badan Cina ni memang PERFECTO! muka plak ok!!!!, akak surrender…).. dier kata dier bukan Melayu.. Dier mengaku dier Cindian… Ya ampun perasan skit.. Akak tak tahan nak gelak terus blah dari steam bath tu… Tup tup dah ada orang tunggu kat shower. Oppsssss!!!!
Recent Comments