Uols, dah nak raya dah kan.. tapi tetap akak nak ucap SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca setia akak. Sebelum akak cerita pasal raya akak nak cerita pasal puasa akak dulu…. Biasa lah bulan puasa ni, kepada yang berlaki atau berskandal, mesti uol plan nak buka puasa sama bagai kan.. Yang janda macam akak ni, kengkawan jer lah peneman berbuka..
Paling tidak pun berbuka ngan si Maiza, kakak berangan tu.. Hehe… Dalam pada tu akak mendapat jemputan untuk berbuka puasa dgn kawan baru dari selatan, JB.. Timer kasih kpd Kak Pah, Fira, Ziana, Rossa, Angel sbb jemput akak dan kengkawan akak… So kami pun bertandanglah ker selatan untuk menghadiri jemputan ni.. delegasi dari KL ada akak, Mona, Solis, Amber Chia termasuk kak Pah pun boleh lah dikategorikan sbg delegasi KL gitewwww…
Tema untuk acara gilang gemilang ni adalah Ramadhan Muhibbah 2008.. anjuran Kelab Generasi Baru (KGB).. Kelas kan kengkawan akak kat JB ni.. Semua bersatu hati, mengenali antara satu sama lain dan sanggup komited atas nama KGB.. Salute akak uols… Kami keluar agak liwat dari rmh kak Pah.. Biasalah kalau dah namanyer pompuan, nak make up bagai.. dengan busana anggun masing2, kami pun bergerak ke Danga Bay. Tak sempat pun nak buka sama, buka dalam kereta saajarks….
Sampai sana dah berlangsung majlis… Say hi hi segala.. Kami pun terus makan. Lapar uols.. And then bermula la acara malam tu.. Kakak MC yang kelihatan anggun gitew pun memulakan bicara.. Adalah acara temuramah bagai… And then sampai lah ke part yang lebih seronok iaitu bagi2 anugerah….
Antara anugerah yang dipertandingkan adalah seperti Anugerah Sauna, Tugu dan sebaginya.. Akak pun dah tak berapa nak ingat dah ni… Anugerah Tugu dimenangi oleh kawan akak, Fira yang meletop.. Tugu ni kalau uols tau memang tempat cikcur yg glemer kat JB.. sebelah jer Danga Bay.. Ala Tasik Permaisuri gitu.. So kononnyer anugerah ni dibagi pada yg kerap ke sana… Akak diberitahu yg Kak Fira adalah yang pegang kunci tugu ni.. Hamboi giteww metaforanyer.. So kak Fira adalah orangnyer.. Kak Fira tahu jer saper orang baru dan semua yang nak cikcur harus sujud dulu pada kak Fira.. Kelas.. memang akak tak boleh lawan dik… Yang bestnyer lagi, tugu adalah tempat ratu2 JB berkumpul selain cikcuran (harap taste memasing tak sama yer.. kalau tak nanti tarik rambut plak..) diorang buat aktiviti seperti catwalk, food tasting, kongsi idea rekaan terbaru dan sebagainyer.. (memang cik pons sangat…).. Tahniah pada kak Fira tau..
Satu lagi anugerah yang akak nak komen adalah anugerah Sauna.. yuhu akak bukanlah nak rasa diri akak hebat tapi setelah mendapat feedback dari PLU JBs.. semua mengatakan yang akak patut menang Miss Sauna.. Pemenang Miss Sauna pernah main dengan kawan akak, Kak Pah yer… yuhu.. Soalan akak untuk si pemenang Ms Sauna adalah “berapa banyak sauna yang uols dah pergi? satu Malaysia? satu dunia? yuhu…. ” rupanyer nan hado uols… muka dier cuma berada di The Maze sajaorks… Tak per lah.. katanyer juri menilai dari segi kuantiti bukan kualiti… gitew……
Tibalah bab Anugerah Miss Mulut Murai… Akak biasa jer time diorang annunce anugerah ni.. Dengan tak semena mena, tetiba akak dengar nama akak (nama sebenar akak) diumumkan oeh MC yang vogue tu.. Apa lagi, terkejut lah akak… Memula akak rasa macam tak kanlah akak kan… Sebab akak bukan baik sangat ngan juri giteww.. Tapi dengan dorongan kawan2 akak yang dok push akak amik awrd ni, akak pun gagahkan jugak ke pentas gilang gemilang tu.. Dah amik award sumer, akak plak diminta jawab soalan bagai nnih… Soalan berbunyi sapa yg paling can do masa tu.. Akak pun jawap dengan gugu sebab segan uols… ‘Semua pun can do’… Hehe… Dengan bangga akak pun kembali ke tempat duduk akak yg memang VIP seat tu.. Tup tup bila akak tengok jer award yg siap print nama tu, BUKAN nama akak!!!!!!! jeng jeng jeng…. Akak pun check ngan Kak Fira… Kak Fira kata amik je award tu sbb ko memang layak… Setelah mendapat nasihat penganjur dan jugak kawan akak, akak pun batalkan hasrat akak nak pulangkan award ala Vanessa William yg pulangkan title Miss Teen USA dulu… Lucu akak… Kitorang terbahak2 tergelak masa balik..
Lucunyer masa on the way balik tu kitorang pun singgah tempat Miss Tugu melempiaskan gelarannyer… Kami menyelusuri perjalanan Miss Tugu yang agak berliku itewwww.. Kami siap demonstrate kan apa yang Miss Tugu buat sepanjang disana.. Dan melihat kegigihan Miss Tugu, memang tiada orang lain selain Miss Tugu, Kak Fira yang layak bawak balik award tu…
Hehe.. Hmm bulan puasa akak tahun ni akak biasa lah tak penuh.. Akak ni kan ada masa kotor uols… So tak penuh puasa akak.. Tapi akak akan ganti tau.. Jangan tak caya.. Pejam celi pejam celik dan sebulan dah puasa… Akak kat sini nak ucap SELAMAT HARI RAYA kat uols semua yang baca akak punyer blog.. Akak tau blog akak ni glemer jugak almaklum lah kawan akak ada di semua pelusuk Malaysai sampai ke Pattaya… Yang ada di KL, Penang dan JB serta kat Sabah Sarawak, akak ucap kat uols semua MAAF ZAHIR BATIN.. Ada yang tersilap kata terlanjur bicara, baik yang kenal akak secara dekat mahupun secara maya… Biasa lah mulut ‘kiter’ ni memang kadang2 jahat.. Ada yang terasa hati tanpa kiter sedari.. Tapi kebanyakkanyer itu cuma gurauan kan… Bukan apa pun… Minta maaf yer semua.. Pada yang balik nak drive, hati-hati tau.. Jangan nak cepat balik almaklumlah nak jumpa cousin uols yang hensem tu.. Jangan buat apa2 tauuntuk meraikan KEMENANGAN melawan nafsu selama sebulan ni… Kang kena panah petir…
Ok lah uols, sekali lagi akak ucap SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN.. kalau sempat nanti akak buat open house, akak ajak semua k… Nantikan lepas raya nanti akak nak re-branding akak punyer blog ni.. Sebab selain dari aktiviti akak yang biasa uols baca, ada jugak yang nak akak berkongsi dengan diorang macam2 lagi contohnye lagu2 yang akak suka.. So tu semua lepas raya ok.. Tunggu jer…
MADAH ODAH : Akak bahagia di pagi raya sebab bekas kekasih akak menghulurkan maaf pada akak.. Dia memang ada salah zahir dan batin kat akak… Tapi di hari yang mulia ini… Akak sanggup memaafkan dier… Nak feeling2 nyanyi lagu Aishah – Pulanglah lah kejap… Hehe

Recent Comments